Showing posts with label talent. Show all posts
Showing posts with label talent. Show all posts

Friday, September 5, 2014

tolong tepi sikit

Assalamualaikum w.b.t



esok (6 sept 2014) masuk register sebagai pelajar UiTM Kampus Puncak Alam. Dan aku tak packing lagi apa-apa. Rasa excited ada, rasa malas pun ada. AKU MALAS. Satu hal malas sebab dekat je campus dengan rumah. 8.8km perjalanan. masa diploma dulu kampus Seri Iskandar, boleh jugak tidur dalam kereta sementara tunggu sampai.





semalam pun baru nak pergi sekolah buat pengesahan, baru nak buat medical check up, nak ambik gambar passport, nak itu , nak ini. Tapi beriya betul ambik gambar passport pakai baju cantik-cantik. Aku TERLUPA yang diorang just ambik gambar muka je. Baju mana masuk! Baru berangan nak jadi model ambik gambar dekat studio photography :'( 



gambar kiri yang lama. 2 tahun lepas punya rasanya. Macam tak cukup kasih sayang pun ada. HARHARHAR. taknaklah la aku guna gambar tu dah. 
"Alaaaa setiap orang ada fasa berbeza LOL". - Ni-ni,bukan nama sebenar (2014)






Selama 5 bulan duduk rumah, tak buat apa-apa, tercongok dan terasa PETAK , aku pun saja la isi masa aku dengan buat portrait. Biasalah ramai yang nak, tapi ada yang tak bagi -bagi gambar, ada yang nak murah sampaikan kos untuk beli barang lukis pun tak lepas. Dan sekarang pun still ada yang aku tak buat lagi sebab diorang nak lambat. Aku pun  lately ni BUSYLAH SANGAT dengan preparation masuk degree ni.  




Masa diploma dulu part 2, aku kena marah dengan Cik Fairuzzana "kerja awak ni memang cantik. Puan Suzi pun setuju dengan saya. tapi cara awak render bukan macam budak ID la, awak render macam budak Fine Art". hmm. sobss





Sajalah aku nak tunjuk kat korang artworks aku. Aku taklah hebat pun sebab aku main lukis je. Tak pernah pergi kelas seni ke apa-apa. Sekolah dulu basic je kan. 

Atiqa Zukreena - hadiah utk kawan (Amir)

Hamdan Ngadi - anak Boss

Norfazrena Kamarulzaman - hadiah untuk ehemss

Izzat Asyraf

Kak Efa - family portrait

Sahifa

Naufal 

Zariq Zaffuan (aku hadiahkan kat dia)
Kak Ain

budak budak kelas diploma aku. sorry siapa yang muka dia distort. hahaha. 

Aku dan Nizam. BFF la konon dari part 1 diploma. hadiah untuk dia.


and ada yang aku mengada-ngada lukis. 








Kebanyakan artwork aku ni aku post terus kat instagram. dah tak upload sangat dekat facebook. memandangkan facebook pun dah agak bosan. NAH NI AKU PUNYA . TEKAN SINI. aku jarang sangatlah post gambar makanan, ada pun satu dua je. ada la selfie sikit sikit. bukan tiaptiap hari aku selfie. aku akan post bila aku rasa aku handsome. *usap janggut






Aku still tak dapat terima aku akan jumpa kawan lain dan bukan kawan-kawan ID. dengan siapa aku nak gaduh pukul-pukul , dengan siapa aku nak nyanyi lawan suara siapa lagi kuat, dengan siapa aku nak joget sama-sama masa buat kerja, dengan siapa aku nak gelak sampai pengsan, dengan siapa aku nak sambung2 cerita rekaan sendiri , dengan siapa aku nak curi makanan dia, dia curi makanan aku, dengan siapa aku nak nyanyi sambil dia main gitar, dengan siapa aku nak kejut dia bangun untuk buat kerja, lepas tu aku tido,dengan siapa hari2 nak ajak aku pergi makan.



malas nak mention nama kawan-kawan tu. kalau dia baca, dia tahu dia yang mana  "dengan siapa aku nak..." tu. Aku tak sure sem yang mana budak ID degree akan pindah kampus Puncak Alam jugak. Tapi ada sorang dari diorang tercampak ke Seremban. Ini lagi aku tak dapat terima. 




Apapun , good luck kawan-kawan especially PENAJARI. 


ADIOS~~





Monday, September 2, 2013

doodle diyana - batch 1

Assalamualaikum and hello blogger babies ! Long time no see huh ? hahaha . mana aku pergi ? aku tanam sayur =.='


okay aku sekarang tengah practical . sangat sangat bosan dengan suasana practical . lagi sebulan ! lagi sebulan untuk habiskan segala drama noda ni . lulz . okay masuk balik topic aku . 


doodle . aku memang lama dah suka buat tapi antara jadi dan tak je lah kan . aku ada buat macam PERMINTAAN untuk siapa siapa yang nak aku buat nama dia . so aku post kat twitter siapa yang nak boleh bagitahu aku . free je :) kalau aku tak buat nama orang pun , aku akan conteng jugak benda lain . so dakwat pen aku tetap akan keluar :P 


so doodles yang akan aku tunjuk ni kira batch 01 . aku pun tak expert sangat . tangan baby lagi . hahah










so yang atas ni batch 01 . untuk batch 02 pun dah ada senarai . ada lagi 5 orang . Alhamdulillah diorang suka . kalau tak suka bagi je tahu aku . nanti aku colour pulak  . heheheh peace . 


ada lagi doodle lain tapi yang itu bukan atas permintaan orang . 



review from my friends :) ala2 makcik jual produk aurawhite pun ada aku ni . hahaha . sorry . nak jugak sekali sekala . 





bila baca aku pun apa lagi perasan la ala ala makcik jual aurawhite . eh mana lah tahu satu hari aku buat online business . aku fikir nak buat online business for makeup stuff and shawl/tudung . doakan aku . or siapa siapa yang nak amik aku jadi partner pun aku nak join ! serious . boleh email aku me_nana93@yahoo.com . 



so itu sahaja dari aku untuk DOODLE DIYANA - BATCH 01 :) any comment or request boleh taip kat ruang comment dia bawah . bubyee ! see ya :)