Tuesday, September 2, 2014

further study ?

Assalamualaikum w.b.t 


Lama dah aku tinggalkan blog aku berhabuk. Last post aku pun 23 DEC 2013. Masa tu awal-awal final semester, so like watlek watpis lagi nak update blog time tu. lepas tu je dah busy dengan project dan assignments dari lecturer yang cantik/handsome dan baik baik belaka :D betullah lecturer aku semua baik :D :D :D 



macam yang pernah aku ceritakan dulu (kalau la korang pernah bukak blog aku before this), aku student diploma Interior Design, UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak. Alhamdulillah aku dapat habiskan diploma April lepas. 3 tahun tu rasa sekejap bila kau dah habis. bila nak masuk rasa lama je nak tempuh 3 tahun. tapi memang lama la sebenarnya. Masa diploma 3 tahun ni pun , the best part is bila aku kenal semua orang especially budak kelas aku *dan ramai lagi budak studio aku. budak batch dikira 1 studio. sebab kitorang duduk dalam 1 studio yang besar, even banyak subjek pun gabung je semua belajar sekali.


ni studio aku dulu yang ada banyak workstation , dan PENAJARI (nama batch/studio) macam muat-muat je 90 orang (lebih kurang) dan meja sorang satu. ada la lebih sikit beberapa meja. dan ini aku , saja taknak tunjuk muka konon bidadari. dari hutan. ha. ha. 







last gambar dari penajari lepas habis presentation semua orang. 






aku suka kawan kawan ID sebab dah habis pun , kalau ada pergi mana-mana mesti konvoi ramai-ramai. aku dapat join sikit sikit je. anak emas katakan. jealous kuasa 3 bila nampak diorang post gambar ramai ramai takda aku yang akan menceriakan sekali dalam gambar. sobss sobss. 



2 gambar bawah ni masa kenduri kakak Ayu dan kakak Nizam. yes kakak mereka kahwin pada hari yang sama. 





gambar ni masa open house aku 2 minggu lepas. dah malam pun datang, tapi semua like muka letih dan tak bermaya sebab satu hari suntuk diorang pergi openhouse budak penajari yang lain. yang bestnya orang dari kedah, dari pahang pun turun sekali. aku nak pergi rumah kawan dalam selangor pun sampai nangis nak keluar. 





Penajari pun dah hilang sorang ahli iaitu Atma Raifana. Semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah~~




dan habis pasal diploma aku . Alhamdulillah aku dapat offer degree. 




he'eh. aku tukar course graphic design. saja nak tukar angin cari dan belajar benda lain. yang sebenarnya aku nak sangat fine art tapi mungkin rezeki aku kat graphic, siapa tahu. :D  




dah la dapat campus Puncak Alam. hari hari aku jalan kaki pergi kelas. *cakap besar* baru jalan sikit dah penat kecuali pergi jalan-jalan, shopping, berjimba dan seangkatan dengannya. insyaAllah degree aku habis dalam masa 3 tahun lagi. #doakanNanaBerjaya



sabtu ni insyaAllah masuk register kolej. duduk dekat pun still nak kolej sebab aku tak rasa kalau duduk rumah aku akan belajar dengan tekun dan baik. rumah banyak godaan seperti tv, makanan yang banyak, katil sendiri yang sedap. Aku pun dah jemu duduk hadap bilik aku tiap tiap hari. Jadi lebih eloklah aku duduk kolej :D 


aku harap dengan kawan diploma tak putus macam tu je  and don't be surprised if degree nanti aku jadi pendiam sebab mungkin kawan kawan aku umur setahun lebih muda. (serious ke aku boleh jadi pendiam ? ) =.= 



***meanwhile on twitter :- 




takpa guyss. ai akan cuba segagah yang mungkin untuk ai jadi makhluk pendiam, misteri dan menyendiri . kahkahkah . good luck kawan-kawan yang nak masuk degree next week :) stay handsome/pretty . stay strong. 



ADIOS~~~~~ 



No comments:

Post a Comment