Monday, October 14, 2013

sunshine


macam biasa lah  . siapa lagi kalau bukan girlfriends aku Natasha Nazan dan Farien Damien . serta guyfriend Hasnizam Hamdan . (huh ?? guyfriend? ) *taknak orang pelik bila aku tulis boyfriend . kawan lelaki , kawan perempuan . :3 


girlfriend satu .  PWINCESS NATASHA . nama panjang Nadira Natasha , aku tak pernah pun panggil dia Nadira . Nadira macam budak baik , lembut dan sopan . diaaa ? hmmm . tasha or tasah lebih afdal . pada aku la kan , dia ada jiwa sendiri . semua orang ada jiwa tapi dia lain . aku kagum . jiwa dia gila sikit kadang kadang . ok bye . 



girlfriend dua .  DIVA FARIEN . nama korporat Farien Damien . nama manja Nembun Tarien . nama lain banyak lagi . Embun Sakinah misalnya . --' aku jeles dengan muka dia . rahang dia cantik terbentuk . bila tunduk , takda pun double chin , masih bergantung pada rahang . ni yang buat aku nak ambik pisau , hiris double chin aku :P lulz . dia suka kata lawak dia hambar tapi aku gelak je :P 




guyfriend . HASNIZAM HAMDAN . aka Anuar Zain Jr sbb dia suka sangat Anuar Zain . si nizam ni kalau duduk dengan dia memang tak habis becakap dan tak habis aku gelak . ayat dia macam biasa tapi dengan face reaction , nada suara lagi , hahaha . macam vangang lawak dia.  

 aku ambik gambar ni sebab budak kecik tu comel sangat . aumm :*  


dan masa part 2 dulu baru tahu yang nizam kawan dengan kawan sekolah aku dulu . . . . . . kitorang bersaya awak ? sumpah macam budak sekolah baru kenal . hodoh betul bunyi kalau bersaya awak sekarang . bluek . 
kay pernah lukis muka nizam dan tak jadi . so sad :'3 nasib baik kay tak lukis muka aku . kalau dia lukis, lepas tu tak jadi , aku tumbuk muka dia bagi tak jadi jugak :3 muhahaha




kweeekk kweeeeeekk kweeeeeek . . . . . . . . . .

hari khamis tanggal 10 oktober aku ajak diorang pergi sunway .. weeeeeee :D aku macam ahh cepatlah nak habis part 5 ni , lepas tu nak berjimba . tak ramai pun takpa tapi jumpa jugak diorang . the rapatest friends dekat seri iskandar . ye la . rapatest sangat . kebetulan aku ada hal nak kena uruskan kat PJ, halnya sekejapnya  , alang alang ajak la diorang sama :3 




kitorang. aku , nizam n farien masuk sunway sama sama . jumpa tasha kat kfc . n macam semua bertolak tolak siapa yang patut pergi dulu bila nak dekat dengan tasha sebab ABANG tasha ada kat situ . semua macam takut hahahaa . padahal abang dia pon sama besar jugak dengan tasha tu . I mean , sama kecik . *tolong jangan humban aku dalam laut cc:tasha n abangnya*



lepas tu pergi karaoke . omahgash . lama dah aku tak tunjuk bakat karaoke . lepas segala pekung di dada pasal practical , pasal itu dan pasal petai . aku tak suka petai . aku stress . 



semua orang macam nak menyerlah . lantak kau la :P





gambar blur habis . shewdeeyhh . 






nizam , aku tak heran dengan dia bila karaoke ni sebab dia yang ajar aku benda benda ni suatu masa dahulu . jahat ! jahat ! nizam iz bad . lulz . jangan risau . dia budak baik . anak yang baik . anak yang soleh . 


tasha . 1st time aku tengok dia menghoyan bila lagu helena keluar . farien pulak pergi rakam dia . patutnya bagi video tu kat aku . dan aku hantar kat tanjung rambutan . biar pihak hospital cari dia sendiri . sebab tu bagi aku "nadira" tak sesuai untuk dia :P tapi dah nama dia . 


bila turn farien bukak suara . dangdut weyh . gelek dia kalah inul . kitorang macam krik krik krik . "dah la weyh . tuka tuka tuka " hahaha . sumpah aku rasa nak siram semua air mineral atas dia . dan nak sumbat semua brownies aku yang tak menjadi tu .




untuk pengetahuan , nizam request kat aku . buat brownies sebelum viva lagi . tapi takda masa . jadi aku bawak la lepas viva . recipe aku pulak ntah ke mana . cari cari balik dalam internet tak jumpa . aku bukan taknak cuba recipe lain . so aku try an error . 


and guess what ? the brownies ended up like bengkang you know =.=' i hate Diyana !! aku benci dia buat 5 minit . dan merayu punya merayu kat nizam , dia paksa jugak aku bawak brownies tak jadi tu . tasha dah excited dalam twitter , farien dah kata aku kurang ajar . hahaha . kesian diorang . bad nana . nana iz bad . 


berita buruk . brownies aku tertinggal dalam bilik karok tu t=.='t jatuh air muka brutal gwa bro . 



lepas tu kitorang jalan jalan , tasha nak cari baju raya haji . masalahnya baju dia macam pergi prom night . tapi tak salah . cantik kuttt . noly , sorang kawan aku ni kata "nana tak sesuai pakai dress2 macam ni . nana ganas . " apa salah aku . AKU TERINGIN PAKAI DRESS ;'( sobb sobs . 






then kitorang pergi minum kat mcCafe . ada brownies yang cantik kat situ dan aku kena bahan :P lulz . fine korang fine . 


apa benda kat pipi aku . =.='

aku tahu semua orang nak masuk camera . cuma aku taknak comment lebih lebih kenapa farien perlu over macam tu . macam joker tahu tak ? alang alang dah senget muka dia , nak je aku tolak dia masuk dalam muffin besar dalam pinggan dia . hilang gojes .





dan masa ni mama aku dah risau balik lambat sebab hujan kat luar lebat yang amat . yelah kitorang duduk dalam sunway tu mana nampak dunia luar . traffic dah tentu padat dan mampat punya . dan nizam offer untuk hantar balik rumah . oh Tuhan ku . jauh kut . hahahah . rasa nak nangis pun ada , rasa nak ketawa pun ada . aku gila . okay . tewhaghu . 
nasib baik dia tak lempar aku tengah jalan . 






farien excited sebab muka dia rata lepas pakai foundation revlon baru dia . semua macam nak cuba foundation dia . hahahah . adoiii comellah gila !!! sampai rumah , say goodbye apa semua , n mama aku still stuck kat PJ . huhh . memang lama . 


dalam 4 orang ni aku paling tua . tapi aku pulak femfeeling paling muda . tak tahu pasal apa . TASHA, FARIEN , NIZAM . diorang best . cakap lah apa2 pun , maki sana, maki sini , tapi no heart feeling sebab semuanya bebal :P hahahah . tak boleh bayang macamana nanti kalau semua dah bawak haluan sendiri . aku dah terbayang dah pun dan aku nangis macam orang hilang otak . vuduh . me lef ol of chiu . :* 





selamat hari raya  aidiladha :) yeay !






2 comments:

  1. awwww.... itew touched.... nak nyanyi lagu icona pop girlfriend skrng....

    ReplyDelete